Kelas Mengenal ICT dan Microsoft word
25 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 24 Julai 2020 telah berlangsungnya kelas mengenal ICT dengan lebih mendalam dan kelas mempelajari asas mudah Microsoft word yang telah diadakan di Pusat Internet Batu Gajah. Kelas dipantau oleh Penolong Pengurus PI Batu Gajah iaitu Muhd Arif kerana permintaan pelajar yang ingin belajar tentang ict dan asas mudah Microsoft word secara lebih jelas dan mudah yang terlibat secara langsung.
Para pelajar diberi kesempatan mempelajari asas mudah Microsoft word dalam membantu tugas-tugas harian pelajar sebagai seorang pelajar sebagai contoh kaedah mudah menyediakan jadual kelas menggunakan Microsoft word dan secara tak lansung telah mempelajari penggunaan ICT.
Kebisaanya, para pelajar ingin menggunakan kemudahan fasiliti PI iaitu komputer bagi tujuan pembelajaran ict. Oleh itu, pihak PI telah mengambil inisiatif untk mengadakan kelas ict bagi membantu para pelajar yang memerlukan. Kelas ini berlangsung dari jam 2.30 hingga 5.30 petang dan mereka diberi peluang menggunakan fasiliti PI untuk tujuan pembelajaran. Di akhir kelas ini, diharapkan agar para pelajar dapat memanfaatkan kemudahan fasiliti yang ada di PI bagi tujuan pembelajaran dan menjadi pengguna internet yang berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: